Tuesday, 12 December 2017

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

04 Disember 2017, Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. rombongan yang disertai 35 orang pelajar senior dan 5 orang guru pengiring. Encik Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan, telah mewakili pihak Perpustakaan dalam lawatan tersebut. Puan Nora binti Jamaharee selaku Pembantu Perpustakaan Kanan telah menjadi pegawai pengiring kepada pihak rombongan. Antara pengisian yang telah diperolehi ialah berkenaan dengan pengunaan sistem pelabelan buku yang lebih sistematik, hiasan dalaman perpustakaan yang menarik dan mencapai standard ISO, penjagaan cakera padat yang lebih baik, pembahagian ruang tontonan wayang dan pelbagai lagi. Pihak staf Perpustakaan Tuanku Bainun juga mempelawa pihak pengurusan perpustakaan Kolej Tingkatan Enam untuk mengadakan Kursus Pengurusan Perpustakaan Sistematik. 


 Foto 1: Penerangan yang diberikan oleh Puan Nora binti Jamaharee, Pembantu Perpustakaan Kanan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 



Foto 2: Guru pengiring bersama beberapa orang pelajar sedang membaca buku diruang santai Perpustakaan Tuanku Bainun. 


Foto 3: pelajar sedang memberi tumpuan dengan penerangan yang diberikan oleh kakitangan Perpustakakaan. 


Foto 4: Guru dan pelajar sedang mendengar penerangan oleh kakitangan Perpustakaan berkenaan dengan cara menyimpan buku dan bahan yang mudah rosak dengan baik. 



Foto 5: Penyampaian Sijil Perhargaan kepada Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada pihak Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian. 


Foto 6 : Rombongan lawatan bergambar di dalam Perpustakaan Tuanku Bainun.



Foto 7: Sesi bergambar di hadapan Muzium Pendidikan Nasional bersebelahan dengan Perpustakaan Tuanku Bainun sebagai tanda kenang- kenangan. 




No comments:

Post a Comment

MAJLIS PELANCARAN DEKAD MEMBACA 2023