Saturday, 24 February 2018

LAWATAN KE KARNIVAL PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI 2018 (KPTN).  

24 Februari 2018, Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Bersama Unit Pembimbing Rakan Sebaya Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan lawatan ke karnival Pendidikan Pengajian Tinggi 2018 bertempat di Persada Johor Bharu. lawatan ini telah melibatkan 3 orang guru pengiring iaitu En. Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan, Pn. Zahriah binti Abu Talib dan Cik Noorjohana binti Md Badrus 18 orang pustakawan dan 18 orang pelajar daripada Pembimbing Rakan Sebaya. Antara pengisian yang terdapat dalam karnival ini ialah pameran daripada Universiti Awam, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam negara, khidmat nasihat dan pelbagai lagi. 



Pustakawan dan Pembimbing Rakan Sebaya Kolej Tingkatan Enam Pontian 



Pelajar mendengar taklimat berkenaan syarat kemasukan yang diberikan oleh kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 


Pelajar menanyakan berkenaan dengan bidang yang ditawarkan dan syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 

Pelajar bergambar di booth Universiti Pendidikan Sultan Idris 


Guru Pusat Sumber gambar bersama dengan Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 




No comments:

Post a Comment

MAJLIS PELANCARAN DEKAD MEMBACA 2023