29 Mac sehingga 30 Mac 2019- Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan program Kembara Ilmu ke Universiti Malaya dan Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKL'19) 2019. program ini telah melibatkan seorang guru pengiring iaitu Cikgu Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan dan 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar jurusan Sains Tulen dan Sains Kemanusiaan, Kolej Tingkatan Enam Pontian. Program ini diadakan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di Universiti. antara tempat yang dilawati adalah seperti di Perpustakaan Universiti Malaya, Muzium Seni Asia dan Bangunan Canselori UM. disini pelajar dapat merasai suasana sebenar cara hidup sebagai mahasiswa di universiti. Di Perpustakaan Universiti Malaya contohnya, pelajar diberi pendedahan tentang sistem pinjaman, pemulangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan. Manakala di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat pelbagai gerai jualan buku yang didatangi oleh syarikat perniagaan buku seluruh Malaysia seperti MPH, Popular, Pelangi, Utusan Publications dan pelbagai lagi. manakala syarikat buku daripada luar negara seperti dari Indonesia, Arab Saudi dan pelbagai.
Peserta bersama guru pengiring dan pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya
Pelajar mendengar taklimat cara penggunaan mesin pemulangan buku diluar perkhidmatan kaunter
lawatan di aras 2 yang menempatkan buku- buku pengkelasan Sains Tulen
pelajar mencari bahan mengikut bidang mereka
Pelajar bergambar bersama guru pengiring dan pegawai Muzium Seni Asia, UM
Pelajar mengadakan sesi temu bual bersama dengan pegawai Muzium Seni Asia, UM
Sesi penyerahan cendermata di antara Pihak Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian dengan Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya
lawatan ke Planetarium Negara
Pelajar kagum dengan demo teknologi solar
Hari Kedua, Pelajar mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lunpur 2019 (PBKL'19) bertempat di PWTC, Kuala Lumpur









