27 Sehingga 28 April 2018, Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menganjurkan program Kembara Ilmu dan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL18), antara tempat yang dikunjung ialah Pusat Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM, Masjid UKM, Muzium Negara dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL18), PWTC. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar suasana pembelajaran di universiti, cara pemilihan bidang pengajian yang sesuai dengan keputusan pelajar dan mendekatkan pelajar dengan minat membaca. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam memilih bidang yang sesuai dengan mereka dan mendedahkan dengan dunia buku serta tempat untuk mendapatkan buku yang sukar dicari di pasaran semasa.
Taklimat pengajian yang ditawarkan dan syarat kemasukan di UKM yang disampaikan oleh Encik Muhamad Walid bin Osman.
Guru dan pelajar menanti sesi taklimat yang akan di berikan sebentar lagi.
sesi bergambar bersama staf Pusat Pengurusan Akademik, UKM
Pelajar bergambar berhadapan dengan bangunan Pusat Pengurusan Akademik
Tn. Hj. Azahar mendengar ucapan alu- aluan daripada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, UKM
Penyampaian Cendermata oleh Tn. Hj Azahar kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, UKM.
Lawatan ke Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM
Guru- guru melihat pameran yang disediakan oleh pihak Perpustakawan UKM.
Perbincangan pelajar di Ruang Santai Perpustakaan, UKM
pelajar melihat kemudahan yang disediakan oleh pihak Perpustakaan.
Pelajar menerokai buku- buku rujukan di ruang Tamadun Islam
Guru melihat pameran yang disediakan.
antara pameran e- Book yang disediakan
pameran buku baharu UKM
sesi bergambar di hadapan bangunan PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL18).
Perkongsian daripada penulis buku di booth Institut terjemah Buku Malaysia (ITBM).
taklimat buku digital.
perkongsian tentang penggunaan buku digital.
taklimat dari syarikat buku kepada pelajar.