Sunday, 29 April 2018

SENARAI AKTIVITI KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2018

SENARAI AKTIVITI KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) 2018 PERINGKAT KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN.


*Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur. 

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) 2018

29 April 2018, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar  Kolej dengan tema "Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia". Selain itu program ini juga bertujuan untuk menggerakkan aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan utama serta memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.



pemotongan reben sempena gimik perasmian Majllis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia oleh En. Mastura Aladdin bin Masro, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian. 









Penerima Sijil Perhargaan bagi pembaca dan peminjam buku terbanyak pada Suku Tahun Pertama 2018


Ulasan buku yang disampaikan oleh Ker Huey Chyi, Pustakawan Pusat Sumber 
Kolej Tingkatan Enam Pontian 

Friday, 27 April 2018

KEMBARA ILMU DAN LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018 (PBAKL18)

27 Sehingga 28 April 2018, Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menganjurkan program Kembara Ilmu dan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL18), antara tempat yang dikunjung ialah Pusat Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM, Masjid UKM, Muzium Negara dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL18), PWTC. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar suasana pembelajaran di universiti, cara pemilihan bidang pengajian yang sesuai dengan keputusan pelajar dan mendekatkan pelajar dengan minat membaca. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam memilih bidang yang sesuai dengan mereka dan mendedahkan dengan dunia buku serta tempat untuk mendapatkan buku yang sukar dicari di pasaran semasa. 


Taklimat pengajian yang ditawarkan dan syarat kemasukan di UKM yang disampaikan oleh Encik Muhamad Walid bin Osman. 


Guru dan pelajar menanti sesi taklimat yang akan di berikan sebentar lagi. 


sesi bergambar bersama staf Pusat Pengurusan Akademik, UKM 



Pelajar bergambar berhadapan dengan bangunan Pusat Pengurusan Akademik 


 Tn. Hj. Azahar mendengar ucapan alu- aluan daripada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, UKM 



Penyampaian Cendermata oleh Tn. Hj Azahar  kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, UKM. 


Lawatan ke Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM 


Guru- guru melihat pameran yang disediakan oleh pihak Perpustakawan UKM. 


Perbincangan pelajar di Ruang Santai Perpustakaan, UKM 


pelajar melihat kemudahan yang disediakan oleh pihak Perpustakaan. 


Pelajar menerokai buku- buku rujukan di ruang Tamadun Islam 


Guru melihat pameran yang disediakan. 


antara pameran e- Book yang disediakan 


pameran buku baharu UKM 


sesi bergambar di hadapan bangunan PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL18). 


Perkongsian daripada penulis buku di booth Institut terjemah Buku Malaysia (ITBM). 


taklimat buku digital. 


perkongsian tentang penggunaan buku digital. 


taklimat dari syarikat buku kepada pelajar. 





Tuesday, 24 April 2018

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT 2018

24 April 2018, Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menjayakan program Jom Membaca 10 Minit. Program ini telah mendapat sambutan daripada semua warga Kolej Tingkatan Enam Pontian. program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengalakkan kepada semua warga kolej untuk mengambil masa 10 minit untuk membaca buku. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan setiap tahun. 













MAJLIS PELANCARAN DEKAD MEMBACA 2023