Wednesday, 21 April 2021

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT KOLEJ 2021

PROGRAM JOM BACA SELAMA 10 MINIT 2021 PERINGKAT KOLEJ DILAKSANAKAN SELARAS SELURUH NEGERI JOHOR. 

























Friday, 25 October 2019

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN DAN PENGHARGAAN PUSTAKAWAN TAHUN 2019 DAN 2020

                   
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan tahun 2020 dan Penghargaan Pustakawan tahun 2019 telah diadakan di Dewan Al-Farabi Kolej Tingkatan Enam Pontian,Johor. Majlis yang bertemakan `Masquerade' telah diadakan dari jam 2:00 hingga 5:00 petang.Upacara Penyerahan Majlis Watikah Pelantikan sesi 2019/2020 dan Penghargaan Pustakawan sesi 2018/2019 telah disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian. Majlis yang sederhana dan bermakna ini turut dihadiri oleh Puan Hjh Noralizah Binti Sahid GPK Pentadbiran, Encik Mohd Iszuan Bin Mohd Lehan, Puan Siti Aida Binti Abu Bakar Guru Perpustakaan dan Media dan Puan Sanisah  Binti Sanusi. Terima kasih diucapkan  kepada pustakawan tahun 2018/2019  yang telah bertugas dengan dengan cemerlang dan selamat bertugas serta selamat maju jaya diucapkan kepada pustakawan sesi yang baharu iaitu 2019/2020.
Ucapan Dari Tuan Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian bagi Merasmikan Majlis Pelantikan Watikah Dan Penghargaan Pustakawan
Perasmian Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Dan Penghargaan Pustakawan oleh Tuan Pengetuan 

 
Wakil pustakawan menerima sijil penghargaan bagi tahun 2018/2019
                       
Wakil Pustakawan  menerima sijil pelantikan bagi tahun 2019/2020
                                   
                                                                          
Sesi fotografi bersama Ahli Pustakawan tahun 2019/2020

         
Sesi fotografi bersama Ahli Pustawan tahun 2018/2019

Friday, 5 July 2019

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN INSTITUTE OF TECHNICAL EDUCATION, SINGAPORE

05 Julai 2019- Cg Mohd Iszuan bin Mohd Lehan telah mewakili Guru Penasihat Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian menyertai Lawatan Penandaarasan Antarabangsa ke Perpustakaan Institute of Technical Education, Singapore. lawatan ini telah melibatkan seramai 80 orang guru Perpustakaan dan Media negeri Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak. program ini adalah perkongsian idea pengurusan perkhidmatan dan aktiviti yang telah dilaksanakan di Perpustakaan tersebut. program dianjurkan oleh Persatuan Penasihat Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor. 



Taklimat yang diberikan oleh Manager Perpustakaan Institute of Technical Educational, Singapore



Perkongsian maklumat 


 Peserta dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak


Sesi soal jawab



Perkongsian tentang pengurusan Perpustakaan oleh Ketua Perpustakawan Perpustakaan ITE


Lawatan sekitar Perpustakaan ITE



Sijil perhargaan sebagai penandaarasan di antara Pusat Sumber Kolej dengan Perpustakaann Institute of Technical Education Singapore


Tuesday, 23 April 2019

BANGSA JOHOR JOM BACA : JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

23 April 2019 (Selasa)- Pusat Sumber Tingkatan Enam Pontian telah menganjurkan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. program telah dilaksanakan di seluruh negara pada hari ini bermula pada jam 11:00 pagi Sehingga 11:10 pagi. Program ini adalah mengalakkan budaya membaca dalam kalangan warga Kolej Tingkatan Enam Pontian. Menurut Ray Bradbury,  Hamka dan Rene Descartes :

"Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban, sebaliknya hanya perlu untuk memastikan orang berhenti membaca, runtuhkan segala- galanya". 
(Ray Bradbury) 

"Membaca buku- buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik"
(Hamka) 

"Membaca buku yang hebat ibarat mengadakan dialog dengan para cendekiawan yang cemerlang daripada masa lampau. Pemikiran mereka terus hidup dan berpengaruh sehingga kini. Penulis menuangkan gagasan mereka yang terbaik semata- mata" 
(Rene Descartes) 



Guru bersama pelajar bersama membaca buku di Dewan al- Farabi, Kolej Tingkatan Enam Pontian 

 Pelajar memanfaat masa 10 minit dengan membaca majalah Dewan Masyarakat 


Dua orang guru kaunseling sedang membaca artikel tentang Dunia Kauseling di pejabat mereka.


Staf Pembantu Tadbir iaitu Cik Suhana Sidek turut memanfaat masa 10 minit untuk membaca


Cikgu Yogeswary bersama seorang pelajar memanfaat masa dengan membaca sebuah artikel 


Rombongan Polis Trafik ke Kolej Tingkatan Enam Pontian turut mengambil peluang untuk bersama- sama menjayakan program Jom Baca 10 Minit. 

Friday, 29 March 2019

KEMBARA ILMU KE UNIVERSITI MALAYA DAN LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBKL'19) 2019

29 Mac sehingga 30 Mac 2019- Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan program Kembara Ilmu ke Universiti Malaya dan Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKL'19) 2019. program ini telah melibatkan seorang guru pengiring iaitu Cikgu Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan dan 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar jurusan Sains Tulen dan Sains Kemanusiaan, Kolej Tingkatan Enam Pontian. Program ini diadakan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di Universiti. antara tempat yang dilawati adalah seperti di Perpustakaan Universiti Malaya, Muzium Seni Asia dan Bangunan Canselori UM. disini pelajar dapat merasai suasana sebenar cara hidup sebagai mahasiswa di universiti. Di Perpustakaan Universiti Malaya contohnya, pelajar diberi pendedahan tentang sistem pinjaman, pemulangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan. Manakala di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat pelbagai gerai jualan buku yang didatangi oleh syarikat perniagaan buku seluruh Malaysia seperti MPH, Popular, Pelangi, Utusan Publications dan pelbagai lagi. manakala syarikat buku daripada luar negara seperti dari Indonesia,  Arab Saudi dan pelbagai. 



Peserta bersama guru pengiring dan pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya 


Pelajar mendengar taklimat cara penggunaan mesin pemulangan buku diluar perkhidmatan kaunter 

lawatan di aras 2 yang menempatkan buku- buku pengkelasan Sains Tulen 


pelajar mencari bahan mengikut bidang mereka

 Pelajar bergambar bersama guru pengiring dan pegawai Muzium Seni Asia, UM 


Pelajar mengadakan sesi temu bual bersama dengan pegawai Muzium Seni Asia, UM 


Sesi penyerahan cendermata di antara Pihak Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian dengan Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya


lawatan ke Planetarium Negara 


Pelajar kagum dengan demo teknologi solar 


Hari Kedua, Pelajar mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lunpur 2019 (PBKL'19) bertempat di PWTC, Kuala Lumpur 

MAJLIS PELANCARAN DEKAD MEMBACA 2023