Tuesday, 12 December 2017

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

04 Disember 2017, Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. rombongan yang disertai 35 orang pelajar senior dan 5 orang guru pengiring. Encik Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan, telah mewakili pihak Perpustakaan dalam lawatan tersebut. Puan Nora binti Jamaharee selaku Pembantu Perpustakaan Kanan telah menjadi pegawai pengiring kepada pihak rombongan. Antara pengisian yang telah diperolehi ialah berkenaan dengan pengunaan sistem pelabelan buku yang lebih sistematik, hiasan dalaman perpustakaan yang menarik dan mencapai standard ISO, penjagaan cakera padat yang lebih baik, pembahagian ruang tontonan wayang dan pelbagai lagi. Pihak staf Perpustakaan Tuanku Bainun juga mempelawa pihak pengurusan perpustakaan Kolej Tingkatan Enam untuk mengadakan Kursus Pengurusan Perpustakaan Sistematik. 


 Foto 1: Penerangan yang diberikan oleh Puan Nora binti Jamaharee, Pembantu Perpustakaan Kanan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 



Foto 2: Guru pengiring bersama beberapa orang pelajar sedang membaca buku diruang santai Perpustakaan Tuanku Bainun. 


Foto 3: pelajar sedang memberi tumpuan dengan penerangan yang diberikan oleh kakitangan Perpustakakaan. 


Foto 4: Guru dan pelajar sedang mendengar penerangan oleh kakitangan Perpustakaan berkenaan dengan cara menyimpan buku dan bahan yang mudah rosak dengan baik. 



Foto 5: Penyampaian Sijil Perhargaan kepada Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada pihak Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian. 


Foto 6 : Rombongan lawatan bergambar di dalam Perpustakaan Tuanku Bainun.



Foto 7: Sesi bergambar di hadapan Muzium Pendidikan Nasional bersebelahan dengan Perpustakaan Tuanku Bainun sebagai tanda kenang- kenangan. 




MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH & JAMUAN PERPISAHAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN 2017/2018

Pada 13 Oktober 2017 (Jumaat), telah diadakan satu majlis khas tahunan bagi para pustakawan bertempat di Biocafe, Pulai Sebatang, Pontian, Johor.  Majlis ini telah dihadiri oleh tuan pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro dan guru penolong kanan, Tn. Hj. Misran Bin Selamat.  Majlis ini mengandungi 3 tujuan utama.  Pertamanya, majlis ini bertujuan bagi menyerahkan watikah pelantikan pustakawan baharu bagi sidang 2017/2018.  Keduanya, majlis ini turut dijalankan bagi meraikan para pustakawan sidang 2016/2017 yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi disepanjang tempoh tersebut.  Ketiganya, majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara pustakawan sidang tahun 2016/2017 dengan tahun 2017/2018 berserta dengan guru- guru perpustakaan.



Foto 1: Ucapan daripada Siti Mariam Binti Amminudin Pengerusi Pustakawan Sidang 2017/2018




Foto 2: Ucapan daripada Mohamad Shahrizal bin Omar Pengerusi Pustakawan Sidang 2016/2017


Foto 3: Penyampaian sijil perlantikan perpustakawan 2017/2018 yang di sampaikan oleh En. Mastura Aladdin bin Masro. 


Foto 4: penyampaian sijil perhargaan kepada perpustakawan 2016/2017. 





Foto 5: Para pustakawan sedang menikmati juadah yang disediakan



Foto 6: En. Chasman bin Tuminan (dua dari kanan) diiringi oleh En. Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan menyampaikan cenderamata kepada Tn. Hj. Misran bin Selamat (dua dari kiri)




Foto 7: Guru- guru perpustakaan bersama- sama Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Tingkatan Enam Pontian.


Foto 8: Sesi bergambar sebagai tanda kenang- kenangan perpustakawan sesi 2016/2017 dan perpustakawan sesi 2017/2018 bersama En. Mastura Aladdin bin Mastura Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian, Tn. Hj Misran bin Selamat, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Tingkatan Enam Pontian dan guru- guru perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian. 


Saturday, 19 August 2017

"SETITIS DARAH PENGHUBUNG INSAN" PROGRAM DERMA DARAH 2017

19 Ogos 2017, Ahli jawatankuasa Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan Program "Setitis Darah Penghubung Insan" iaitu program derma darah kali ke- 2. Program ini telah dijalankan bersama dengan pihak PIBG Kolej Tingkatan Enam Pontian dan Unit Patalogi Hospital Pontian. program ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dalam kalangan pelajar kolej dan juga masyarakat sekitarnya. Program ini juga telah membantu dalam memberi kesedaran kepada pelajar dan masyarakat tentang pentingnya menderma darah bagi membantu golongan yang amat memerlukan, program ini juga telah meningkatkan tabung simpanan darah yang akan digunakan oleh masyarakat seluruh Malaysia. 










Tuesday, 1 August 2017

PERLANTIKAN PUSTAKAWAN BAHARU SESI 17/18

Pelantikan ahli pustakawan bagi sesi 17/18 telah dijalankan. Para pelajar Kolej Tingkatan Enam yang berminat untuk menjadi ahli pustakawan baharu telah menghadiri temu duga yang bertempat di Bilik Kuliah D2-1 yang berlangsung pada hari Ahad dan Isnin yang lalu bersamaan 30 dan 31 Julai 2017 . Sejumlah 22 orang pelajar telah menghadiri iaitu terdiri daripada  orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Pengambilan ahli pustakawan baharu tidak mengira agama, bangsa dan latar belakang. Tujuan pengambilan ahli pstakawan baharu adalah untuk mencari warga pustakawan baharu yang mampu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus. Sesi temu bual itu dianggotai oleh ahli-ahli AJK tertinggi Pustakawan Kolej Tingkatan Enam Sesi 16/17 sebagai panel penemu bual.

Gambar 1: Ahli panel penemu bual

Gambar 2: Sesi temubual yang pertama

Tuesday, 18 July 2017

MAJLIS JAMUAN PERPUSTAKAWAN PKTEP

Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 telah dijalankan bertempat di Perpustakaan Kolej. Setiap warga pustakawan dikehendaki membawa juadah masing-masing berasaskan konsep "Potluck". Konsep "Potluck" ini merujuk kepada kebebasan para warga pustakawan untuk membawa juadah tanpa mengira jenis makanan, minuman ataupun pencuci mulut. Program yang telah dijalankan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan kekeluargaan dalam kalangan warga pustakawan tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. 



Sesi menjamu juadah



Thursday, 22 June 2017

SUMBANGAN HARI RAYA 2017

22 June 2017, Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam telah menyerahkan sumbangan seikhlas dari pihak warga Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam kepada beberapa orang perpustakawan untuk meringankan beban mereka bagi menyambut Hari Raya Aldilfitri yang bakal tiba.


Sumbangan disampaikan oleh En. Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan 




Sesi gambar bersama guru- guru perpustakaan dan pustakawan sesi 2016/2017


keriangan dan kegembiraan ditunjukan oleh para pustakawan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. 

Tuesday, 25 April 2017

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Program "Jom Membaca Bersama 10 Minit" telah dijalankan secara serentak di seluruh sekolah di negeri Johor. Setiap pelajar dan guru terlibat hendaklah berhenti sebentar semasa pengajaran dan pembelanjaan untuk membaca apa jua bahan bacaan yang bertemakan "Alam Sekitar" selama 10 minit. Program ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit. Sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam telah melaksanakan program ini dengan jayanya di mana semua pelajar tekun membaca untuk menjayakan program ini. 






Saturday, 25 February 2017

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

Sebuah karnival bertempat di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Batu Pahat telah berlangsung pada 25 februari 2017. Karnival tersebut memberi peluang kepada para pelajar mengenai hala tuju pendidikan  yang ingin dipilih selepas mengakhiri sekolah menengah atasan dan peringkat tinggi.  Karnival ini merupakan kolaborasi antara ahli pustakawan dan unit bimbingan dan kaunseling terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan.  Bukan itu sahaja, karnival yang terletak di batu pahat ini turut mendapat sokongan dari universiti-universiti tempatan lain seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Tuesday, 21 February 2017

AHLI JAWATANKUASA PUSAT SUMBER KOLEJ TINGKATAN ENAM

PENAUNG

ENCIK MASTURA ALADDIN BIN MASRO


GURU PENASIHAT

ENCIK CHASMAN BIN TUMINAN
PUAN YUSMI BINTI ABU BAKAR
PUAN SITI AIDA BINTI MURI
ENCIK MOHAMAD ISZUAN BIN MOHD LEHAN


PENGERUSI

MOHAMMAD SHAHRIZAL BIN OMAR


NAIB PENGERUSI

AINI SUHAILY BINTI KHALID


SETIAUSAHA

SITI NUR SOLEHA BINTI AZIMAN


BENDAHARI

JENNET HO PEI XIAN


AHLI JAWATANKUASA


ICT

NUR FAZILA BINTI FATHIL
NOOR ALINDAH BINTI SUKATMAN


PEMPROSESAN BUKU

NAJIHAH  BINTI ABD JABAR
NUR HAZURAH BINTI ABD RAHIM
NURUL NADIAH BINTI HAMDI


STATISTIK DAN PENGURUSAN KAUNTER

MUHAMMAD FIRDAUS ZIKRI BIN KAMISAN
FAUZAN HANIFF BIN IMAM SUPINGI


KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

WAN AZIZUL AZIM BIN WAN SAIDIN
MUHAMMAD NUH BIN MUHD SHARIF


AHLI BIASA

MUHAMMAD NURAIMA BIN SHAMSUDDIN
MUHAMMAD NUR AIZAT BIN ABDUL MUTALIB
MOHD ZUL FARIZAN BIN ZULKFLY
PUTERI NUR AQILAH BINTI MUSBAHUDIN
NUR NADIA BINTI NAZAR
NUR AISHAH SHAHMINA BINTI A'BAKAR
NUR EFFAH IZZATI BINTI SAHADUN



Wednesday, 1 February 2017

SISTEM PENGELASAN PERPULUHAN DEWEY


000-099
KARYA AM
100-200
FALSAFAH
300-399
SAINS KEMASYARAKATAN
400-499
BAHASA
500-599
SAINS TULEN
600-699
TEKNOLOGI
700-799
KESENIAN
800-899
KESUSASTERAAN
900-999
GEOGRAFI/SEJARAH

MISI & VISI PUSAT SUMBER KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN


M I S I

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA




V I S I

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA




MAJLIS PELANCARAN DEKAD MEMBACA 2023