19 Ogos 2017, Ahli jawatankuasa Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan Program "Setitis Darah Penghubung Insan" iaitu program derma darah kali ke- 2. Program ini telah dijalankan bersama dengan pihak PIBG Kolej Tingkatan Enam Pontian dan Unit Patalogi Hospital Pontian. program ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dalam kalangan pelajar kolej dan juga masyarakat sekitarnya. Program ini juga telah membantu dalam memberi kesedaran kepada pelajar dan masyarakat tentang pentingnya menderma darah bagi membantu golongan yang amat memerlukan, program ini juga telah meningkatkan tabung simpanan darah yang akan digunakan oleh masyarakat seluruh Malaysia.
KECEMERLANGAN BERMULA DISINI. WAKTU PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER KOLEJ TNGKATAN ENAM PONTIAN (9.10- 10:50 PAGI, 1:40-4:30 PETANG) Hari Kelepasan AM & Cuti Umum:TUTUP
Saturday, 19 August 2017
Tuesday, 1 August 2017
PERLANTIKAN PUSTAKAWAN BAHARU SESI 17/18
Pelantikan ahli pustakawan bagi sesi 17/18 telah dijalankan. Para pelajar Kolej Tingkatan Enam yang berminat untuk menjadi ahli pustakawan baharu telah menghadiri temu duga yang bertempat di Bilik Kuliah D2-1 yang berlangsung pada hari Ahad dan Isnin yang lalu bersamaan 30 dan 31 Julai 2017 . Sejumlah 22 orang pelajar telah menghadiri iaitu terdiri daripada orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Pengambilan ahli pustakawan baharu tidak mengira agama, bangsa dan latar belakang. Tujuan pengambilan ahli pstakawan baharu adalah untuk mencari warga pustakawan baharu yang mampu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus. Sesi temu bual itu dianggotai oleh ahli-ahli AJK tertinggi Pustakawan Kolej Tingkatan Enam Sesi 16/17 sebagai panel penemu bual.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
27 Sehingga 28 April 2018, Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menganjurkan program Kembara Ilmu dan Lawatan ke Pesta Buku Anta...
-
M I S I MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA V I S ...

