Friday, 25 October 2019

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN DAN PENGHARGAAN PUSTAKAWAN TAHUN 2019 DAN 2020

                   
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan tahun 2020 dan Penghargaan Pustakawan tahun 2019 telah diadakan di Dewan Al-Farabi Kolej Tingkatan Enam Pontian,Johor. Majlis yang bertemakan `Masquerade' telah diadakan dari jam 2:00 hingga 5:00 petang.Upacara Penyerahan Majlis Watikah Pelantikan sesi 2019/2020 dan Penghargaan Pustakawan sesi 2018/2019 telah disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian. Majlis yang sederhana dan bermakna ini turut dihadiri oleh Puan Hjh Noralizah Binti Sahid GPK Pentadbiran, Encik Mohd Iszuan Bin Mohd Lehan, Puan Siti Aida Binti Abu Bakar Guru Perpustakaan dan Media dan Puan Sanisah  Binti Sanusi. Terima kasih diucapkan  kepada pustakawan tahun 2018/2019  yang telah bertugas dengan dengan cemerlang dan selamat bertugas serta selamat maju jaya diucapkan kepada pustakawan sesi yang baharu iaitu 2019/2020.
Ucapan Dari Tuan Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian bagi Merasmikan Majlis Pelantikan Watikah Dan Penghargaan Pustakawan
Perasmian Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Dan Penghargaan Pustakawan oleh Tuan Pengetuan 

 
Wakil pustakawan menerima sijil penghargaan bagi tahun 2018/2019
                       
Wakil Pustakawan  menerima sijil pelantikan bagi tahun 2019/2020
                                   
                                                                          
Sesi fotografi bersama Ahli Pustakawan tahun 2019/2020

         
Sesi fotografi bersama Ahli Pustawan tahun 2018/2019

MAJLIS PELANCARAN DEKAD MEMBACA 2023