Tuesday, 12 December 2017

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

04 Disember 2017, Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. rombongan yang disertai 35 orang pelajar senior dan 5 orang guru pengiring. Encik Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan, telah mewakili pihak Perpustakaan dalam lawatan tersebut. Puan Nora binti Jamaharee selaku Pembantu Perpustakaan Kanan telah menjadi pegawai pengiring kepada pihak rombongan. Antara pengisian yang telah diperolehi ialah berkenaan dengan pengunaan sistem pelabelan buku yang lebih sistematik, hiasan dalaman perpustakaan yang menarik dan mencapai standard ISO, penjagaan cakera padat yang lebih baik, pembahagian ruang tontonan wayang dan pelbagai lagi. Pihak staf Perpustakaan Tuanku Bainun juga mempelawa pihak pengurusan perpustakaan Kolej Tingkatan Enam untuk mengadakan Kursus Pengurusan Perpustakaan Sistematik. 


 Foto 1: Penerangan yang diberikan oleh Puan Nora binti Jamaharee, Pembantu Perpustakaan Kanan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 



Foto 2: Guru pengiring bersama beberapa orang pelajar sedang membaca buku diruang santai Perpustakaan Tuanku Bainun. 


Foto 3: pelajar sedang memberi tumpuan dengan penerangan yang diberikan oleh kakitangan Perpustakakaan. 


Foto 4: Guru dan pelajar sedang mendengar penerangan oleh kakitangan Perpustakaan berkenaan dengan cara menyimpan buku dan bahan yang mudah rosak dengan baik. 



Foto 5: Penyampaian Sijil Perhargaan kepada Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada pihak Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian. 


Foto 6 : Rombongan lawatan bergambar di dalam Perpustakaan Tuanku Bainun.



Foto 7: Sesi bergambar di hadapan Muzium Pendidikan Nasional bersebelahan dengan Perpustakaan Tuanku Bainun sebagai tanda kenang- kenangan. 




MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH & JAMUAN PERPISAHAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN 2017/2018

Pada 13 Oktober 2017 (Jumaat), telah diadakan satu majlis khas tahunan bagi para pustakawan bertempat di Biocafe, Pulai Sebatang, Pontian, Johor.  Majlis ini telah dihadiri oleh tuan pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro dan guru penolong kanan, Tn. Hj. Misran Bin Selamat.  Majlis ini mengandungi 3 tujuan utama.  Pertamanya, majlis ini bertujuan bagi menyerahkan watikah pelantikan pustakawan baharu bagi sidang 2017/2018.  Keduanya, majlis ini turut dijalankan bagi meraikan para pustakawan sidang 2016/2017 yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi disepanjang tempoh tersebut.  Ketiganya, majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara pustakawan sidang tahun 2016/2017 dengan tahun 2017/2018 berserta dengan guru- guru perpustakaan.



Foto 1: Ucapan daripada Siti Mariam Binti Amminudin Pengerusi Pustakawan Sidang 2017/2018




Foto 2: Ucapan daripada Mohamad Shahrizal bin Omar Pengerusi Pustakawan Sidang 2016/2017


Foto 3: Penyampaian sijil perlantikan perpustakawan 2017/2018 yang di sampaikan oleh En. Mastura Aladdin bin Masro. 


Foto 4: penyampaian sijil perhargaan kepada perpustakawan 2016/2017. 





Foto 5: Para pustakawan sedang menikmati juadah yang disediakan



Foto 6: En. Chasman bin Tuminan (dua dari kanan) diiringi oleh En. Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan menyampaikan cenderamata kepada Tn. Hj. Misran bin Selamat (dua dari kiri)




Foto 7: Guru- guru perpustakaan bersama- sama Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Tingkatan Enam Pontian.


Foto 8: Sesi bergambar sebagai tanda kenang- kenangan perpustakawan sesi 2016/2017 dan perpustakawan sesi 2017/2018 bersama En. Mastura Aladdin bin Mastura Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian, Tn. Hj Misran bin Selamat, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Tingkatan Enam Pontian dan guru- guru perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian. 


MAJLIS PELANCARAN DEKAD MEMBACA 2023