Pada 13 Oktober 2017 (Jumaat), telah diadakan satu majlis khas tahunan bagi para pustakawan bertempat di Biocafe, Pulai Sebatang, Pontian, Johor. Majlis ini telah dihadiri oleh tuan pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro dan guru penolong kanan, Tn. Hj. Misran Bin Selamat. Majlis ini mengandungi 3 tujuan utama. Pertamanya, majlis ini bertujuan bagi menyerahkan watikah pelantikan pustakawan baharu bagi sidang 2017/2018. Keduanya, majlis ini turut dijalankan bagi meraikan para pustakawan sidang 2016/2017 yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi disepanjang tempoh tersebut. Ketiganya, majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara pustakawan sidang tahun 2016/2017 dengan tahun 2017/2018 berserta dengan guru- guru perpustakaan.
Foto 1: Ucapan daripada Siti Mariam Binti Amminudin Pengerusi Pustakawan Sidang 2017/2018
Foto 2: Ucapan daripada Mohamad Shahrizal bin Omar Pengerusi Pustakawan Sidang 2016/2017
Foto 3: Penyampaian sijil perlantikan perpustakawan 2017/2018 yang di sampaikan oleh En. Mastura Aladdin bin Masro.
Foto 4: penyampaian sijil perhargaan kepada perpustakawan 2016/2017.
Foto 5: Para pustakawan sedang menikmati juadah yang disediakan
Foto 6: En. Chasman bin Tuminan (dua dari kanan) diiringi oleh En. Mohamad Iszuan bin Mohd Lehan menyampaikan cenderamata kepada Tn. Hj. Misran bin Selamat (dua dari kiri)
Foto 7: Guru- guru perpustakaan bersama- sama Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Tingkatan Enam Pontian.
Foto 8: Sesi bergambar sebagai tanda kenang- kenangan perpustakawan sesi 2016/2017 dan perpustakawan sesi 2017/2018 bersama En. Mastura Aladdin bin Mastura Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian, Tn. Hj Misran bin Selamat, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Tingkatan Enam Pontian dan guru- guru perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian.
No comments:
Post a Comment