Tuesday, 1 August 2017

PERLANTIKAN PUSTAKAWAN BAHARU SESI 17/18

Pelantikan ahli pustakawan bagi sesi 17/18 telah dijalankan. Para pelajar Kolej Tingkatan Enam yang berminat untuk menjadi ahli pustakawan baharu telah menghadiri temu duga yang bertempat di Bilik Kuliah D2-1 yang berlangsung pada hari Ahad dan Isnin yang lalu bersamaan 30 dan 31 Julai 2017 . Sejumlah 22 orang pelajar telah menghadiri iaitu terdiri daripada  orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Pengambilan ahli pustakawan baharu tidak mengira agama, bangsa dan latar belakang. Tujuan pengambilan ahli pstakawan baharu adalah untuk mencari warga pustakawan baharu yang mampu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus. Sesi temu bual itu dianggotai oleh ahli-ahli AJK tertinggi Pustakawan Kolej Tingkatan Enam Sesi 16/17 sebagai panel penemu bual.

Gambar 1: Ahli panel penemu bual

Gambar 2: Sesi temubual yang pertama

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PELANCARAN DEKAD MEMBACA 2023