29 April 2018, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar Kolej dengan tema "Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia". Selain itu program ini juga bertujuan untuk menggerakkan aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan utama serta memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
pemotongan reben sempena gimik perasmian Majllis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia oleh En. Mastura Aladdin bin Masro, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian.
Penerima Sijil Perhargaan bagi pembaca dan peminjam buku terbanyak pada Suku Tahun Pertama 2018
Ulasan buku yang disampaikan oleh Ker Huey Chyi, Pustakawan Pusat Sumber
Kolej Tingkatan Enam Pontian











No comments:
Post a Comment